Posted by: Azhari Azizi | 13 July 2009

Merentasi Cabaran Kehidupan

Al-Amin... Tempat kutempuh cabaran untuk meneruskan kehidupan di alam ciptaan tuhan

Al-Amin... Tempat kutempuh cabaran untuk meneruskan kehidupan di alam ciptaan tuhan

Pada 6-9 Julai 2009, ana (saya) menghadapi peperiksaan SPPM dan PEKERTI Al-Amin. Ana sudah selamat menduduki peperiksaan ini. Hari Isnin bermulanya subjek pertama iaitu Bahasa Arab Penulisan. BA ini ana kira mudah tetapi ada sedikit gangguan teknikal yang menyebabkan hilang tumpuan seperti lampu yang tidak berfungsi dan sebagainya. Selain itu, ana juga rasa tertarik mendengar perbualan guru pengawas dan pengetua tentang eletrik di dalam dewan itu. Ketika itu, ana sedang membuat karangan di bawah lampu ‘kelip-kelip’.

Pada hari Selasa, ana menduduki peperiksaan Tasawwur Islami 1 yang berkisar dalam bab yang ana kurang mahir. Tetapi Alhamdulillah boleh jawab dan didoakan agar jawapan itu betul lah Insya Allah… Kemudian matapelajaran Tajwid. Hmph. Tak lah susah tapi tak lah senang sangat. Ada beberapa soalan yang ana tak pernah tahu jawapan itu wujud pun!!! Subhanallah Alhamdulillah La Ilaha Illa Allah! Allahu Akbar!
La haula wa la Quwwata illa billah ! ! ! Apa jawapannya tuh??!

Para guru yang bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik kami semua ilmu dunia dan akhirat

Para guru yang bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik kami semua ilmu dunia dan akhirat

Rabu Tasawwur Islami 2 yang berpusing didalam tajuk Sirah, tamaddun dan sebagainya. Ohh… tu tajuk yang seronok. Soalannya pun agak senang Alhamdulillah!

Khamis. Mmm… hari terakhir. Datang dengan harapan soalan mudah dan tidak mengelirukan. Mula dengan bahasa Arab pemahaman ahh… soalan mudah. Lepas itu Ujian bertulis Kadet Remaja sekolah… Susah!!! Allah! Apa benda itu??? Contohnya: Bagaimanakah syaitan masuk ke dalam hati manusia? Ana tanya Muallimah Ishamela lepas selesai. Apa jawapannya. Muallimah kata jawapannya mudah. Apabila kita lupa Allah lah. Alahhmak!!! ana ingat macam tanya ‘Bagaimana cara untuk pergi ke KLCC’. Jawapannya mestilah ‘Ikut jalan ini kemudian belok kiri ke Jalan Yap Kwan Seng kemudian terus sampai ke hadapan bangunan KLCC’. Jadi ana jawaplah ‘melalui saluran darah’. Mmm… tahlah. ana tawakkal sahajalah. Doakanlah ana supaya menjadi orang yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin…


Leave a response

Your response:

Categories