Oh peperiksaan…
Aku mengeluh, suka dan duka,
Takut dan lega,
Risau tiada terhingga,
Ohh… debarannya tidak tertahan jiwa,
Tiada ubat kecuali keputusannya,
Sama ada sedih atau gembira,
Rasa lega itu semestinya,
Ohh…
Lepas ini periksa lagi.
kemudian lagi sekali,
Tiada penghujung tidak pula diakhiri,
Aku sedar…
Ujian Tuhan yang Maha Esa,
Lebih berat daripada ujian didunia,
keputusannya boleh mengubah hidup kita,
sama ada Syurga atau Neraka,
Tidak diketahui oleh kita di dunia,
Diketahui hanya diakhirat sana,
Aku lupa…
Usahaku ini tidaklah sia-sia,
Kerana Allah menilai usaha kita,
Untuk permudahkan kita,
Dikala menjelang peperiksaan kelak,
Setiap lembaran soalan diselak,
Lafaz basmallah tidak luput dari kalam,
”Katakanlah, sesungguhnya solatku, pengorbananku, hidupku, dan matiku adalah untuk Allah, tuhan semesta alam”
Ayat 132 Surah Al-An’aam
Maka, sedarlah diri dari kedinginan malam,
Beramallah kerana Allah tuhan semesta alam,
Sebelum terlewat, sebelum terlambat,
Fikirlah dahulu sebelum Kiamat!!!
Posted by: Azhari Azizi | 17 June 2009
Oh… Peperiksaan
Posted in 1
salam,
azhari,kak lina ambil berapa subjek for spm?
By: humaira' on 30 June 2009
at 11:37 am