Posted by: Azhari Azizi | 18 October 2008

Peristiwa bersejarah yang tak dapat dilupakan!

Peristiwa bersejarah yang tak dapat dilupakan. Jumpa Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong.

9:00 p.m. 17 Oktober 2008 bersamaan 17 Shawal 1429 Hijrah.

Kami dapat panggilan daripada Abang 5 mak (nama sebenar tidak diketahui) (bangsa Cina). Kami mendapat berita bahawa abang 5 mak tu berada di kuala lumpur. Dia tinggal di selatan Johor berhampiran dengan Singapore. Dia ketika itu berada di Hotel Nikko. Kami mahu berjuma dengan dia. Kerana jarang berjumpa. Dia datang KL kerana ada pilihan raya MCA.

9:05 p.m.

Kami bersiap untuk mengambil dia di Hotel Nikko.

hotel dimana mulanya peristiwa bersejarah

hotel dimana mulanya peristiwa bersejarah



9:30 p.m.

Jumpa di Hotel Nikko. dia membawa 2 orang kawan ikut sekali. Dia mengajak kami jumpa Datuk Wee Ka Siong. Untuk pengetahuan kamu semua, Datuk Wee Ka Siong adalah sepupu kami. Mak berasal dari keluarga cina. Kemudian dia masuk Islam. Kakak kepada mak, ibu kepada Datuk Wee Ka Siong. Tapi saya tak pernah berjumpa dengan Datuk Wee Ka Siong secara berdepan, Muka bertemu muka. kami berasa excited. Abang 5 mak kata dia ada di Jalan Imbi. Di sebuah restoran cina yang bernama Restaurant Oversea berhampiran dengan Berjaya Times Square.

Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pendidikan, Ahli Parlimen Ayer Hitam

Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pendidikan, Ahli Parlimen Ayer Hitam

9:35

Kami tiba di Restaurant Oversea. Pak cik saya dan dua lagi kawannya mengiringi kami ke dalam restaurant itu. Abah tak dapat ikut kerana tak ada parking. Ketika kami lalu di tengah-tengah orang yang sedang makan, semua orang pandang kami. Agak malu juga kami sahaja yang beragama Islam di restoran itu kerana itu restoran cina kan. Kami dihalakan ke lif yang terdapat didalam restoran itu. Pak cik saya menekan butang nombor tiga setelah kami semua masuk ke dalam lif tersebut. Restoran itu 4 tingkat. Tiba di tingkat tiga, saya tahu ini tempat makan para VIP. Terdapat banyak bilik di tingkat tesebut. Kami dihalakan ke dalam salah sebuah bilik antara bilik bilik yang ada di tingkat tersebut. Apabila Wee Ka Siong nampak mak saya. Dia terus menjerit, “auntie!”. Semua orang yang ada di situ tergamam. Maklumlah mak saya memakai tudung labuh. Peliknya!

9:45 p.m.

Datuk Wee Ka Siong bersalam salaman dengan kami. Dia mencari ayahku. Ibuku menjawab “Dia ada dalam kereta. susah nak parking” Wee Ka Siong menjawab,”takpa. takpa. Saya turun ke bawah.” Dia pun turun ke bawah bersama kami. Mak berbisik kepada saya bahawa kita tak bawa kamera. Rasa bangga kerana berjalan diiringi Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong. Tak semua orang dapat peluang buat sebergitu.

9:47 p.m.

Tiba di kereta ayah ku. Dia tak bersedia unuk jumpa datuk Wee Ka Siong. Tiba tiba ibuku ketuk pintu kereta. Ayah ku terkejut lalu keluar dengan cepat. Kak Lina pergi ke belakang kereta. Lalu dia terlompat-lompat sambil memanggil namaku. Aku pergi juga ke belakang kereta. Aku nampak sebuah kamera dibawah kerusi. Lekas aku membawa keluar kamera itu. Kami bergambar dengan Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong dan adiknya. Ini antara gambar-gambar yang kami ambil:

Kami sekeluarga bersama Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong

Kami sekeluarga bersama Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong


bergambar dengan Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong dan adiknya Wee Ka Seng

bergambar dengan Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong dan adiknya Wee Ka Seng

Seorang datuk yang kini menjadi Timbalan Menteri Pendidikan boleh turun dari sebuah restoran mewah. Ahli parlimen Ayer Hitam. Meninggalkan kawan-kawannya diatas hanya untuk berjumpa family yang tak seagama pun! I really admire him Dia seorang yang baik. Tak sombong langsung. Dalam business card dia, dia tak tulis pun yang dia tu Datuk. Dia tak bagi kami panggil dia datuk. Sanggup lintas jalan yang sibuk untuk berjumpa dengan pak cik yang taklah rapat sangat. Hebatlah dia. Saya berbangga menjadi sepupu kepada dia.

Blog Wee Ka Siong


Responses

  1. which comes first? family or career :)


Leave a response

Your response:

Categories