Posted by: Azhari Azizi | 24 September 2008

1511 Hijrah (Kombat) karya Faisal Tehrani

1511 Hijrah (Kombat) karya Faisal Tehrani

1511 Hijrah (Kombat) karya Faisal Tehrani

1511 Hijrah (Kombat)
Buku ini mengandungi 415 mukasurat dan 20 bab.
Buku ini sangat hebat sehingga membacanya banyak kali pun tak jemu (bagi orang yang minat kombat sahaja lah). Saya sendiri telah membaca buku ini dalam 10/11 kali.

Sekumpulan mujahidin yang berperang menggunakan senjata yang berteknologi tinggi untuk mempertahankan Makkah dan Madinah. Dibantu oleh Allah yang esa. Daripada serang Zionis Yahudi dan Amerika. Peluru berpandu patah balik, tidak mengena. Abrahah II (Amerika) merancang. Islam menanti. Belajar bersabar. Cintakan syahid. Berani mati. Abrahah II menyerang. Islam bertahan. Sesekali menyerang. Abrahah II lari bertepiaran. Islam menyerang. Abrahah II tak dapat melawan. Islam menakluk tempat asal Abrahah II

Perang dunia bermula semula. Walaupun senjata tidak seberapa. Moral tinggi lebih penting. Senjata canggih dan bilangan hanya 50% tidak menjamin kemenangan. 50% lagi ketinggian moral dan taqwa. Dengan adanya kedua-dua ini, tambah dengan bantuan Allah, menjamin kemenangan Bi Iznillah(Insya’ Allah).

Ku berharap agar karya ini menjadi kenyataan. Amin Ya Rabbal ’Alamin.

( Abrahah adalah simbol untuk orang selain Islam mahu menakluk Makkah kerana sebelum Nabi Muhammad dilahirkan, Makkah diserang oleh sekumpulan tentera bergajah yang diketuai oleh Abrahah . Allah selamatkan Kaabah dengan menghantar Burung Ababil membawa batu daripada Neraka dan menjatuhkannya diatas tentera Abrahah.)

blog Faisal Tehrani : http://tehranifaisal.blogspot.com/


Responses

  1. [...] ilmu adalah penting untuk kita umat Islam menentang pihak kuffar. (Untuk sinopsisnya, tekan di sini). Komander Muhammad Ameen, Emrullah, cyborg, cypher, mikraj, dan sebagainya terbayang-bayang di [...]


Leave a response

Your response:

Categories